Wednesday, July 15, 2009

JANGAN BUANG TERUS, Kurangkan Saja Lemak Itu...

KURANGKAN MAKANAN BERGORENG

  • Ambil makanan bergoreng sebanyak dua kali sahaja dalam seminggu.
  • Tos makanan yang digoreng sebelum anda memakannya.
  • Kurangkan pengambilan ayam dan kentang goreng, burger mahupun susu kocak.
  • Kawal pengambilan kuih-muih bersantan, kek, biskut dan snek berlemak.

SEMASA MENYEDIAKAN...

  • Pastikan anda membuang semua lemak yang terdapat pada daging mahupun isi ayam.
  • Cubalah memasak dengan minyak sayuran.
  • Kurangkan penggunaan minyak kelapa ketika memasak.
  • Hadkan penggunaan minyak ketika memasak. Cuba kawal sehingga anda dapat memasak kurang dari lima sudu minyak setiap hari.
  • Jika anda mahukan rasa masam dalam salad, kurangkan penggunaan mayonis. Tambahlah perahan jus limau ke dalamnya.

KETIKA MEMASAK...

  • Memasak dengan cara merebus, mengukus, memanggang dan bakar adalah jauh lebih baik daripada menggoreng makanan anda.
  • Gunakan susu tanpa lemak, yogurt atau santan cair bagi menggantikan santan pekat ketika menyediakan hidangan anda.
  • Semasa memasak, anda akan melihat lemak berlebihan dalam masakan. Ambillah inisiatif untuk membuang lemak tersebut.
  • Untuk menambah rasa dalam masakan, gunakan rempah ratus dan elakkan penggunaan serbuk perasa terlalu banyak.

Tuesday, July 14, 2009

Sihat & Segar Dengan Air Panas

Berikut merupakan kebaikan yang ada pada air panas.
  • Membantu memulihkan kesihatan jantung.
  • Menyahkan racun atau toksin. Air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celcius akan membuka pori-pori bagi pengeluaran toksin.
  • Membantu menurunkan kadar gula darah, menyembuhkan sakit oto dan mengawal usus besar. Mandi selama 10 hingga 20 minit.
  • Air panas juga baik untuk menyembuhkan ruam atau gatal-gatal kulit. Tambahkan air panas dengan 'baking soda' yang bertindak sebagai antiseptik lalu digaul rata. Lakukan selama 10 hingga 20 minit.
  • Mencegah jangkitan. Berendamlah selama 15 hingga 20 minit.
  • Mengurangkan sakit kepala. Rendam kaki ke dalam air panas membantu menyembuhkan sakit kepala dan menyegarkan kaki yang kelenguhan. Pastikan air menutupi sampai ke buku lali. Titiskan minyak lavender, daun pudina atau lemon ke dalam air. Lakukan selama 10 hingga 20 minit.

Katakan TIDAK Pada GULA

  • Kurangkan pengambilan makanan manis
  • Lebihkan pengambilan buah-buahan
  • Banyakkan pengambilan air masak
  • Cubalah ganti teh biasa dengan teh herba
  • Pilih makanan berserat tinggi kerana makanan ini mampu melambatkan proses kemasukan gula ke dalam aliran darah
  • Gunakan bahan pemanis alternatif seperti madu untuk menggantikan gula yang diproses
  • Jaga keseimbangan hormon tubuh. Pastikan kadar pengambilan protein, karbohidrat dan lemak seimbang
  • Teliti label makanan terlebih dahulu sebelum membelinya. Berhati-hatilah dengan label bebas gula atau rendah lemak, pastikan makanan ini betul-betul sihat. ada kalanya, label ini bertujuan untuk mengelirukan pengguna

Monday, June 22, 2009

5 Kebaikan Makan Perlahan

Kebanyakan orang tua kita amat marah sekiranya kita makan gelojoh dan tidak sopan...Kata mereka gelojoh sifat tidak baik...Namun sebenarnya makan perlahan dapat :

  1. Membantu mengurangkan berat badan. Ini kerana otak memerlukan kira-kira 20 minit untuk memberi isyarat kenyang kepada anda.
  2. Mengurangkan risiko anda tersedak ketika makan.
  3. Membuat sistem pencernaan menjadi lebih baik. Kunyah lama sebelum menelan makanan anda agar pencernaan lebih lancar.
  4. Membantu mengurangkan tekanan. Ketika makan, hilang sebentar segala masalah.
  5. Cara hidup nak cepat membuatkan kita lebih terdedah kepada makanan segera. Jauhi cara itu ketika makan, pilih makanan yang benar-benar sihat. Lebih baik lagi, masaklah sendiri.

Thursday, May 7, 2009

4 + 4 = 8 Manfaat Air Kosong

Saya pasti kebanyakan daripada anda sudah tahu tentang kebaikan meminum air kosong ini. Pakar kesihatan menyatakan bahawa kita manusia dikehendaki meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Kenapa? Berikut disenaraikan 4 + 4 = 8 Manfaat Air Kosong untuk tatapan anda semua.

  1. Melancarkan Sistem Pencernaan - Mengambil air kosong dalam kuantiti yang cukup akan melancarkan sistem pencernaan manusia dan mengelakkan masalah seperti sembelit. Air kosong juga melambatkan pertumbuhan zat-zat yang mengakibatkan kanser. Mencegah penyakit batu karang dan ginjal.
  2. Perawatan KECANTIKAN - Tubuh bandan kita akan menyerap air daripada kulit sehingga menyebabkan kulit kering. Dengan meminum air kosong, ia dapat melindungi, melembab dan menyihatkan kulit.
  3. Kesuburan - Meningkatkan produktiviti hormon kaum adam dan hawa.
  4. Menyihatkan Jantung
  5. Ubat STROK - Kemampuan air melancarkan perdearan darah dan sistem pernafasan membuatkan ia bertindak untuk menguatkan otot-otot dan ligamen
  6. MENENANGKAN - Air hangat dapat melebarkan pembuluh darah dan mencegah kekakuan otot, menghilangkan rasa nyeri serta menenangkan fikiran.
  7. Menguruskan Badan - Minum air suam sebelum makan akan membuatkan anda lebih cepat kenyang dan hal ini akan membuatkan anda kurang makan.
  8. Memberi Kesegaran Pada Tubuh

Amalan Urutan Untuk Tubuh Sihat

Urutan adalah berkesan untuk memulihkan tenaga khususnya bagi mereka yang sentiasa sibuk dan dibelenggu oleh jadual kerja yang tidak menentu. Urutan bukan sahaja berkait rapat dengan relaksasi minda bahkan juga simptom fizikal khususnya di bahagian belakang tubuh dan leher. Urutan sepatutnya dijadikan rutin agar tubuh sentiasa kuat dan bersedia. Urutan yang berkesan dipercayai mampu mengatasi beberapa masalah kesihatan, misalnya:

  1. Insomnia
  2. Ketegangan Otot
  3. Sakit Kepala dan Migrain
  4. Tekanan / Stress Di Tempat Kerja
  5. Arthritis
  6. Masalah Pemakanan atau Sistem Pencernaan
  7. Kondisi Awal Kehamilan
  8. Kecederaan Akibat Bersukan atau Menari

6 Makanan Sihat Untuk Jantung

Menurut kajian, angka kematian ekoran daripada serangan sakit jantung di kalangan wanita muda telah meningkat sehingga 30% setiap tahun sejak tahun 1989. Berikut adalah 6 makanan sihat yang boleh menurunkan risiko penyakit jantung.

  1. Ikan - Mampu mengurangkan sehingga 50% risiko
  2. Epal - Mampu mengurangkan sehingga 50% risiko
  3. Walnuts - Mampu mengurangkan sehingga 45% risiko
  4. Minyak Zaitun - Mampu mengurangkan sehingga 40% risiko
  5. Kekacang - Mampu mengurangkan sehingga 30% risiko
  6. Oat - Mampu mengurangkan sehingga 29% risiko