Thursday, May 7, 2009

Amalan Urutan Untuk Tubuh Sihat

Urutan adalah berkesan untuk memulihkan tenaga khususnya bagi mereka yang sentiasa sibuk dan dibelenggu oleh jadual kerja yang tidak menentu. Urutan bukan sahaja berkait rapat dengan relaksasi minda bahkan juga simptom fizikal khususnya di bahagian belakang tubuh dan leher. Urutan sepatutnya dijadikan rutin agar tubuh sentiasa kuat dan bersedia. Urutan yang berkesan dipercayai mampu mengatasi beberapa masalah kesihatan, misalnya:

  1. Insomnia
  2. Ketegangan Otot
  3. Sakit Kepala dan Migrain
  4. Tekanan / Stress Di Tempat Kerja
  5. Arthritis
  6. Masalah Pemakanan atau Sistem Pencernaan
  7. Kondisi Awal Kehamilan
  8. Kecederaan Akibat Bersukan atau Menari

No comments:

Post a Comment