Thursday, May 7, 2009

4 + 4 = 8 Manfaat Air Kosong

Saya pasti kebanyakan daripada anda sudah tahu tentang kebaikan meminum air kosong ini. Pakar kesihatan menyatakan bahawa kita manusia dikehendaki meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Kenapa? Berikut disenaraikan 4 + 4 = 8 Manfaat Air Kosong untuk tatapan anda semua.

  1. Melancarkan Sistem Pencernaan - Mengambil air kosong dalam kuantiti yang cukup akan melancarkan sistem pencernaan manusia dan mengelakkan masalah seperti sembelit. Air kosong juga melambatkan pertumbuhan zat-zat yang mengakibatkan kanser. Mencegah penyakit batu karang dan ginjal.
  2. Perawatan KECANTIKAN - Tubuh bandan kita akan menyerap air daripada kulit sehingga menyebabkan kulit kering. Dengan meminum air kosong, ia dapat melindungi, melembab dan menyihatkan kulit.
  3. Kesuburan - Meningkatkan produktiviti hormon kaum adam dan hawa.
  4. Menyihatkan Jantung
  5. Ubat STROK - Kemampuan air melancarkan perdearan darah dan sistem pernafasan membuatkan ia bertindak untuk menguatkan otot-otot dan ligamen
  6. MENENANGKAN - Air hangat dapat melebarkan pembuluh darah dan mencegah kekakuan otot, menghilangkan rasa nyeri serta menenangkan fikiran.
  7. Menguruskan Badan - Minum air suam sebelum makan akan membuatkan anda lebih cepat kenyang dan hal ini akan membuatkan anda kurang makan.
  8. Memberi Kesegaran Pada Tubuh

Amalan Urutan Untuk Tubuh Sihat

Urutan adalah berkesan untuk memulihkan tenaga khususnya bagi mereka yang sentiasa sibuk dan dibelenggu oleh jadual kerja yang tidak menentu. Urutan bukan sahaja berkait rapat dengan relaksasi minda bahkan juga simptom fizikal khususnya di bahagian belakang tubuh dan leher. Urutan sepatutnya dijadikan rutin agar tubuh sentiasa kuat dan bersedia. Urutan yang berkesan dipercayai mampu mengatasi beberapa masalah kesihatan, misalnya:

  1. Insomnia
  2. Ketegangan Otot
  3. Sakit Kepala dan Migrain
  4. Tekanan / Stress Di Tempat Kerja
  5. Arthritis
  6. Masalah Pemakanan atau Sistem Pencernaan
  7. Kondisi Awal Kehamilan
  8. Kecederaan Akibat Bersukan atau Menari

6 Makanan Sihat Untuk Jantung

Menurut kajian, angka kematian ekoran daripada serangan sakit jantung di kalangan wanita muda telah meningkat sehingga 30% setiap tahun sejak tahun 1989. Berikut adalah 6 makanan sihat yang boleh menurunkan risiko penyakit jantung.

  1. Ikan - Mampu mengurangkan sehingga 50% risiko
  2. Epal - Mampu mengurangkan sehingga 50% risiko
  3. Walnuts - Mampu mengurangkan sehingga 45% risiko
  4. Minyak Zaitun - Mampu mengurangkan sehingga 40% risiko
  5. Kekacang - Mampu mengurangkan sehingga 30% risiko
  6. Oat - Mampu mengurangkan sehingga 29% risiko

Wednesday, May 6, 2009

Pemakanan Pengaruhi Kesihatan Kulit

Selain tubuh, kulit wajah juga memerlukan makanan yang sesuai dan bergizi. Berikut adalah beberapa jenis makanan yang perlu dihindari sekiranya anda ingin memiliki kulit yang sihat dan cantik.
  1. Gula - Kajian menunjukkan bahawa gula boleh mengubah struktur kulit. Pengambilan gula dalam kadar yang banyak boleh menyebabkan kulit anda cepat mengendur.
  2. Kafein - Kafein tidak mengandungi zat dan ia akan membuatkan tubuh anda tidak mampu menyerap zat-zat yang lain. Sekiranya anda merupakan peminat setia kopi, nescafe dan apa-apa minuman yang mengandungi kafein, anda disarankan untuk meminum air suam selepas meminum minuman kegemaran anda itu untuk menuetralkannya.
  3. Makanan Bergoreng - Tahukah anda bahawa pengambilan terlalu banyak makanan bergoreng hanya akan mempercepatkan lagi proses penuaan kulit anda.

Salam Perkenalan

Setiap insan di muka bumi ini inginkan diri yang sihat dan cantik. Begitu juga dengan saya. Kecantikan dan kesihatan yang dimiliki membolehkan setiap insan untuk tampil dengan lebih menarik dan mempunyai sikap positif yang kuat dalam diri mereka.

Blog ini akan memaparkan serba sedikit petua dan tips kecantikan serta kesihatan untuk dikongsikan bersama. Saya juga perlukan komen dan pendapat daripada anda semua untuk memantapkan lagi blog ini. Terima kasih kerana sudi untuk mencuri sedikit masa anda untuk melayari blog ini. Saya doakan anda semua akan bertambah sihat dan cantik luaran dan dalaman. Selamat melayari.