Wednesday, July 15, 2009

JANGAN BUANG TERUS, Kurangkan Saja Lemak Itu...

KURANGKAN MAKANAN BERGORENG

  • Ambil makanan bergoreng sebanyak dua kali sahaja dalam seminggu.
  • Tos makanan yang digoreng sebelum anda memakannya.
  • Kurangkan pengambilan ayam dan kentang goreng, burger mahupun susu kocak.
  • Kawal pengambilan kuih-muih bersantan, kek, biskut dan snek berlemak.

SEMASA MENYEDIAKAN...

  • Pastikan anda membuang semua lemak yang terdapat pada daging mahupun isi ayam.
  • Cubalah memasak dengan minyak sayuran.
  • Kurangkan penggunaan minyak kelapa ketika memasak.
  • Hadkan penggunaan minyak ketika memasak. Cuba kawal sehingga anda dapat memasak kurang dari lima sudu minyak setiap hari.
  • Jika anda mahukan rasa masam dalam salad, kurangkan penggunaan mayonis. Tambahlah perahan jus limau ke dalamnya.

KETIKA MEMASAK...

  • Memasak dengan cara merebus, mengukus, memanggang dan bakar adalah jauh lebih baik daripada menggoreng makanan anda.
  • Gunakan susu tanpa lemak, yogurt atau santan cair bagi menggantikan santan pekat ketika menyediakan hidangan anda.
  • Semasa memasak, anda akan melihat lemak berlebihan dalam masakan. Ambillah inisiatif untuk membuang lemak tersebut.
  • Untuk menambah rasa dalam masakan, gunakan rempah ratus dan elakkan penggunaan serbuk perasa terlalu banyak.

Tuesday, July 14, 2009

Sihat & Segar Dengan Air Panas

Berikut merupakan kebaikan yang ada pada air panas.
  • Membantu memulihkan kesihatan jantung.
  • Menyahkan racun atau toksin. Air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celcius akan membuka pori-pori bagi pengeluaran toksin.
  • Membantu menurunkan kadar gula darah, menyembuhkan sakit oto dan mengawal usus besar. Mandi selama 10 hingga 20 minit.
  • Air panas juga baik untuk menyembuhkan ruam atau gatal-gatal kulit. Tambahkan air panas dengan 'baking soda' yang bertindak sebagai antiseptik lalu digaul rata. Lakukan selama 10 hingga 20 minit.
  • Mencegah jangkitan. Berendamlah selama 15 hingga 20 minit.
  • Mengurangkan sakit kepala. Rendam kaki ke dalam air panas membantu menyembuhkan sakit kepala dan menyegarkan kaki yang kelenguhan. Pastikan air menutupi sampai ke buku lali. Titiskan minyak lavender, daun pudina atau lemon ke dalam air. Lakukan selama 10 hingga 20 minit.

Katakan TIDAK Pada GULA

  • Kurangkan pengambilan makanan manis
  • Lebihkan pengambilan buah-buahan
  • Banyakkan pengambilan air masak
  • Cubalah ganti teh biasa dengan teh herba
  • Pilih makanan berserat tinggi kerana makanan ini mampu melambatkan proses kemasukan gula ke dalam aliran darah
  • Gunakan bahan pemanis alternatif seperti madu untuk menggantikan gula yang diproses
  • Jaga keseimbangan hormon tubuh. Pastikan kadar pengambilan protein, karbohidrat dan lemak seimbang
  • Teliti label makanan terlebih dahulu sebelum membelinya. Berhati-hatilah dengan label bebas gula atau rendah lemak, pastikan makanan ini betul-betul sihat. ada kalanya, label ini bertujuan untuk mengelirukan pengguna